Tuesday, January 13, 2009

Selamat Datang ke Blog Sisa Radioaktif Kuantan




Blog ini diwujudkan dengan tujuan untuk mendidik orang awam tentang bahaya yang boleh diakibatkan oleh pemprosesan ‘rare earth’. Ramai yang belum pernah mendengar tentang ‘rare earth’, apatah lagi akibat buruk yang boleh datang daripadanya. Pemprosesan ‘rare earth’ menghasilkan sisa radioaktif dan sisa radioaktif ini amat berbahaya bukan sahaja kepada manusia tetapi seluruh ekosistem.

Tragedi yang menimpa penduduk-penduduk di Bukit Merah, Perak sekitar tahun 1982-87 eloklah dijadikan teladan. Ramai yang telah meninggal dunia akibat pendedahan kepada sisa-sisa radioaktif – leukemia, kanser, kelahiran bayi cacat dan sebagainya.

Sejarah mungkin bakal mengulang. Sebuah syarikat Australia kini membina kilang memproses ‘rare earth’ di Kawasan Perindustrian Gebeng yang terletak di Kuantan, Pahang. Pemprosesan ‘rare earth’ ini dikhuatiri akan mencemari sumber air dan seterusnya mengakibatkan kejadian seperti di Bukit Merah, Perak. Kesan jangkamasa panjang yang akan diakibatkan amatlah ketara kerana sisa radioaktif tidak mudah reput.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Nyawa anda, anak-anak anda, cucu-cucu anda dan cicit anda adalah dalam tangan anda sekarang.

Anda rakyat prihatin. Selamatkan generasi masa depan kita. Bersuaralah dan hentikan pemprosesan ‘rare earth’ di Kuantan sebelum terlambat.

9 comments:

  1. Benar kesan radioaktif tidak dapat dijangka. Ini yang perlu diberi perhatian. Kesan radioaktif boleh berlaku berpuluh - puluh tahun mendatang. Dan pihak Kerajaan sendiri tidak mempunyai pakar yang mencukupi untuk menganalisa kesan radioaktif.
    Pihak kerajaan Pahang mesti memandang perkara ini secara serius. Jangan nanti bila dah terkena baru tergandah. Kesan radioaktif tidak boleh berpatah balik, ramai yang akan menjadi mangsa.
    MB dan Exco Pahang tiada yang mempunyai kepakaran berkaitan kesan Radioaktif, mungkin ganjaran wang yang lebih dilihat.

    ReplyDelete
  2. Pihak kerajaan dan semua ahli2 pakar yang kata bahawa projek ini adalah selamat menggunakan satu muslihat dengan menciptakan satu "bogeyman". Bogeyman ini adalah penyinaran atau radiation. Mereka kata bahawa radiation ini adalah amat selamat tetapi masallah sebenar bukan radiation tetapi sisa-radioaktif.

    Blog anda adalah tepat dengan tumpuan kepada kesan2 sisa2 radioaktif.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih di atas perkongsian maklumat ini.

    Ramai generasi muda tidak mengetahui isu radioaktif.

    Perkongsian maklumat sebegini amatlah dialu-alukan.

    ReplyDelete
  4. saya cadangkan buat page di facebook

    ReplyDelete
  5. perlu ada gerakan yg lebih bersepadu untuk menghalang peristiwa yg terjadi di Bukit Merah berulang disini.DEMO,PETISYEN,FORUM AWAM,perlu digembeling sehabis mungkin.Kita patut contohi bagaimana kaum CINA di Bukit Merah bertindak,dan rasa nya kita perlu mendapatkan nasihat dan sokongan dari mereka² yg pernah terlibat dan berjaya menutup kilang serupa ini di Bukit Merah satu masa dulu.

    ReplyDelete
  6. hantaq ke aduan rakyat TVTiga sama, biaq ada pihak yang luas pandangkan maklumat nie

    ReplyDelete
  7. Damn the corrupt and bankrupt UMNO Pahang government. I will never allow the rare earth plant to be built in my home town Kuantan.

    Arjunaidi Jamaludin

    ReplyDelete
  8. http://www.facebook.com/bantahrep

    ReplyDelete
  9. terima kasih di atas maklumat.
    besar tapak tangan ditadhakan jika pihak penulis sudi memberi kongsi artikel ini untuk rakan rakan yang lain.
    terima kasih.

    ReplyDelete